.
.

Minum Disebat Tapi Zina...?


ROMPIN:Rutin seorang pencuci pinggan yang setiap malam menginap di bilik teman wanitanya di kuarters kakitangan sebuah resort di Pulau Tioman,di sini,berakhir dengan detik memalukan apabila hanya berseluar dalam ketika dicekup penguat kuasa agama selepas disyaki berkhalwat,awal pagi semalam.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditemui menggeletar dalam selimut di atas katil pasangannya berusia 21 tahun dalam serbuan kira-kira jam 3.55 pagi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama negeri,Ahmad Raffli Ab Malek,berkata serbuan dilakukan di kuarters itu hasil aduan awam mengenai kegiatan tidak bermoral segelintir penghuni bujang yang kerap membawa masuk teman masing-masing untuk memadu kasih.

Menurutnya,pintu bilik dibuka seorang wanita yang mendakwa hanya tinggal berdua dengan rakan serumah,namun hasil pemeriksaan,seorang lelaki ditemui di atas katilnya yang ditutup dengan kelambu.

“Ketika diminta bangun untuk diperiksa,lelaki terbabit memberitahu dia hanya memakai seluar dalam,”�katanya ketika ditemui,semalam.

Ahmad Raffli berkata,kedua-duanya gagal membuktikan hubungan sebagai suami isteri ketika diperiksa lalu dibawa ke Balai Polis Pulau Tioman untuk diambil keterangan.

Suspek wanita itu mendakwa dia membawa teman lelakinya yang juga kakitangan resort sama masuk kerana pasangannya tidak sihat sebelum mereka tidur bersama.

“Bagaimanapun,berdasarkan maklumat yang kami terima,suspek wanita membawa teman lelakinya masuk untuk tidur bersama setiap malam,”�katanya.

Beliau berkata,pasangan itu kemudian dibebaskan dengan ikat jamin dan akan didakwa di Mahkamah Syariah Rompin pada 30 November ini mengikut Seksyen 145,Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987).

“Jika bersalah,mereka boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali,”�katanya

Sumber: hmetro



create by:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan