.
.

Kasut Gen2...

Kebanyakan kaum wanita suka shopping kasut.Baju kaler hijau nak kasut hijau,beg tangan hijau.Yang kaki fesyen sangat tu,ada berani ke nak pakai kasut tumit tinggi berbentuk kereta seperti di bawah.Mirip kereta proton gen2 pulak..


Special shoes u never see @ strange picture

Lagi koleksi gambar kasut yang anda tidak pernah jumpa di STRANGE WORLD



create by:-
Wanita Idaman Lelaki...


Keibuan

Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang mempunyai ciri-ciri keibuan,lembut mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah keibuan mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika sedang stress,cemas dan gelisah.Ia turut memudahkan mereka untuk bermanja.


Prihatin dan menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut,lelaki suka dihargai,dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan.Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.


Menjaga penampilan

Wanita yang pandai menjaga penampilan dan kelihatan sentiasa cantik, bersih, kemas dan menarik menjadi pilihan lelaki. Penampilan menunjukkan wanita mampu menghargai dirinya.


Bijak berbicara

Wanita yang bijak berkomunikasi mendapat perhatian lelaki terutama apabila diajak berbual. Wanita seperti itu bukan sahaja manjadi pendengar yang baik tetapi juga mampu memberi input dan bijak mengambil kesempatan untuk meluahkan pendapat apabila diajak berbual. Mereka juga boleh menjadikan lelaki cair apabila boleh berjenaka dan mengusik.

Solehah

Lelaki juga suka kepada wanita yang solehah dan mampu membawa diri dalam apa juga keadaan serta menjaga tata tertib di khalayak ramai.




create by:-

Koleksi Anting-anting Kreatif...


Aksesori untuk wanita yang addict dengan komputer;



Koleksi gambar anting-anting kelakar di blog STRANGE WORLD



create by:-

Wireman From Bangla...BAIK PUNYERRRR


Dari e-mail isuhangat..

Kawang aku upah buat wiring kipas di rumah baru dia…wire man yang dihantar adalah specialist dari Bangladesh.Nah tengok sendiri.




kipas baik punya

klu anda nak tak upah wireman ni...?huhuhu



create by:-

Lukisan Semulajadi...



Gambar di atas bukanlah sebuah lukisan yang dilukis oleh pelukis abstrak tetapi ia adalah pergerakan awan yang dirakamkan di Amerika Syarikat.

Cantik giler dan sungguh agungkan ciptaan Allah.

Lihat info dan lain-lain gambar awan yang menarik di blog


STRANGE WORLD(klik disini)




create by:-

Minum Disebat Tapi Zina...?


ROMPIN:Rutin seorang pencuci pinggan yang setiap malam menginap di bilik teman wanitanya di kuarters kakitangan sebuah resort di Pulau Tioman,di sini,berakhir dengan detik memalukan apabila hanya berseluar dalam ketika dicekup penguat kuasa agama selepas disyaki berkhalwat,awal pagi semalam.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditemui menggeletar dalam selimut di atas katil pasangannya berusia 21 tahun dalam serbuan kira-kira jam 3.55 pagi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama negeri,Ahmad Raffli Ab Malek,berkata serbuan dilakukan di kuarters itu hasil aduan awam mengenai kegiatan tidak bermoral segelintir penghuni bujang yang kerap membawa masuk teman masing-masing untuk memadu kasih.

Menurutnya,pintu bilik dibuka seorang wanita yang mendakwa hanya tinggal berdua dengan rakan serumah,namun hasil pemeriksaan,seorang lelaki ditemui di atas katilnya yang ditutup dengan kelambu.

“Ketika diminta bangun untuk diperiksa,lelaki terbabit memberitahu dia hanya memakai seluar dalam,”�katanya ketika ditemui,semalam.

Ahmad Raffli berkata,kedua-duanya gagal membuktikan hubungan sebagai suami isteri ketika diperiksa lalu dibawa ke Balai Polis Pulau Tioman untuk diambil keterangan.

Suspek wanita itu mendakwa dia membawa teman lelakinya yang juga kakitangan resort sama masuk kerana pasangannya tidak sihat sebelum mereka tidur bersama.

“Bagaimanapun,berdasarkan maklumat yang kami terima,suspek wanita membawa teman lelakinya masuk untuk tidur bersama setiap malam,”�katanya.

Beliau berkata,pasangan itu kemudian dibebaskan dengan ikat jamin dan akan didakwa di Mahkamah Syariah Rompin pada 30 November ini mengikut Seksyen 145,Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987).

“Jika bersalah,mereka boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali,”�katanya

Sumber: hmetro



create by:-